Jerebu ialah satu fenomena atmosfera di mana debu, habuk, asap dan
lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah
habuk, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini
berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan
masalah pernafasan. Ini berlaku apabila keadaam cuaca menghalang bahan
pencemaran ini daripada disebarkan secara meluas. Apa yang berlaku ketika
jerebu ialah bahan pencemaran ini tertumpu kepada sesuatu kawasan dan ini
secara umumnya mengakibatkan pemandangan yang kurang jelas dan masalah kesihatan
juga menjadi satu ancaman.
Punca-punca jerebu
Terdapat dua punca yang sering
menjadi sebab utama kepada bencana jerebu iaitu jerebu semulajadi dan jerebu
buatan manusia. Salah satu punca jerebu buatan manusia ialah pembakaran hutan.
Segelintir masyarakat gemar melakukan aktiviti pembakaran hutan secara
berleluasa sehingga proses untuk pemadaman api kebakaran mengambil masa yang
lama. Asap-asap dari pembakaran akan terus ke udara dan berkumpul. Maka akan
terjadi jerebu yang tebal. Selain itu, antara punca-punca jerebu semulajadi
adalah cuaca kering yang berpanjangan atau kemarau. Dalam keadaan begini,
zarah-zarah di udara akan terperangkap dan tidak dapat menyebarkan udara yang
sihat.
Kesan-kesan bencana
jerebu
Antara kesan-kesan masalah jerebu ini adalah jarak
penglihatan terhad. Jarak penglihatan kita akan menjadi semakin terhad. Ini kerana jerebu
telah menghalang pancaran matahari untuk terus memancarkan cahaya terus ke
bumi. Ia sekaligus menghadkan penglihatan kita yang berkemungkinan boleh
menyebabkan berlakunya kemalangan. Bahkan ia turut membuatkan mata terasa
pedih dan berair kerana di sekeliling kita dipenuhi dengan gas beracun dan
berbahaya untuk kesihatan.
Selain itu, sesak nafas yang teruk juga menjadi
kesan paling utama kerana molekul-molekul yang terdapat pada udara mempunyai
gas-gas beracun yang tidak elok untuk disedut oleh manusia. Keadaan ini
memberikan kesan yang lebih teruk kepada sesiapa yang mengalami masalah asma.
Mereka mungkin akan mengalami masalah sesak nafas.
Yang terakhir, hidung akan
berair dan sentiasa bersin. Hidung adalah saluran utama saluran pernafasan pada
manusia. Namun jika terlalu banyak udara berbahaya di sekeliling kita ketika
jerebu, dikhuatiri ia akan mengakibatkan hidung tidak mampu menapis udara-udara
beracun, seterusnya menyebabkan hidung berair sehingga mendatangkan selesema
dan juga bersin.
Langkah-langkah yang perlu diatasi
Antara langkah-langkah
yang perlu dititikberatkan adalah:
1. Sentiasa memakai
penutup hidung(mask), terutama yang menaiki motosikal kerana terdedah dengan udara
kotor dan juga berbahaya. Dengan memakai penutup hidung, dapat menghindarkan
diri dari menyedut udara yang tidak sihat.
2. Kepada sesiapa
yang menghidapi penyakit batuk dan selesema, batuk, asma, sakit mata, kesesakan
nafas, sakit paru-paru atau sakit jantung yang kronik, dinasihati supaya anda
segera pergi ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan atau langkah
pencegahan kerana mudah terdedah kepada simptom jerebu. Kita juga perlu
sentiasa ke klinik untuk mencegah penyakit yang tidak diingini.
3. Kurangkan
melakukan aktiviti luaran. Risiko kesihatan anda terjejas adalah tinggi dan
anda disarankan menghabiskan masa duduk di rumah atau pejabat sahaja. Terutama kepada
kanak-kanak ataupun pelajar
4. Amalkan minum air putih dengan kuantiti yang
banyak, iaitu sebanyak 8 gelas air mineral sehari. Ia bagi memastikan air terus
membekalkan oksigen di dalam badan.