Baru-baru
ini, negara kita dikejutkan dengan masalah jerebu yang semakin hari semakin
teruk. Hal ini amat merisaukan orang sekeliling kerana jerebu amat berbahaya
dan boleh mendatangkan penyakit seperti sesak nafas, batuk, lelah dan
sebagainya. Sebagai inisiatif oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan, mereka
telah menggunakan kaedah pembenihan awan untuk mengurangkan masalah jerebu ini.
Pembenihan awan adalah proses bagi menghasilkan hujan
berikutan cuaca panas, jerebu atau lain-lain yang terdesak memerlukan hujan bagi
mengurangkan masalah udara.
Terdapat
tiga cara yang dilakukan untuk menghasilkan pembenihan awan iaitu
Pembenihan dinamik awan.
-
Arus udara menegak terdorong dan lebih banyak
air melalui awan. Hal ini membawa pada lebih banyak hujan. Kaedah ini mempunyai
11 peringkat yang berbeza yang terlibat dan setiap kesalahan di salah satu
peringkat boleh merosakkan seluruh proses.
Pembenihan awan higroskopik.
-Bahan letupan dan flare digunakan untuk menyebarkan
garam melalui bahagian bawah awan. Air tertarik pada garam dan siaznya membesar
lalu turun ke bawah sebagai hujan. Teknik ini masih memerlukan banyak kajian.
Pembenihan awan statik.
-Bahan kimia iaitu silver iodide disebarkan ke dalam
awan. Kelembapan yang terdapat dalam awan terkondensasi di sekitar kristal. Hal
ini membuat awan lebih berkesan dalam penyebaran hujan di tempat – tempat
tertentu.
Antara
kelebihan pembenihan awan ini ialah mengurangkan
kekeringan atau kemarau yang berpanjangan. Kedua, meningkatkan paras sumber air
bersih untuk keperluan isi rumah.
Ketiga, mengatasi masalah fenomena ‘hailstones’ (hujan ais batu) mengurangkan kerosakan.
menghentikan pembentukan ribut taufan utama seterusnya mengurangkan impak ribut yang terjadi. Keempat, membersihkan udara daripada zarah terampai seperti asap dan debu yang membentuk jerebu.
Ketiga, mengatasi masalah fenomena ‘hailstones’ (hujan ais batu) mengurangkan kerosakan.
menghentikan pembentukan ribut taufan utama seterusnya mengurangkan impak ribut yang terjadi. Keempat, membersihkan udara daripada zarah terampai seperti asap dan debu yang membentuk jerebu.
Kesimpulannya, pembenihan awan ini adalah cara yang terbaik
yang telah dilakukan bagi mengurangkan masalah jerebu di negara kita yang
sentiasa berlarutan. Dan diharapkan masalah jerebu ini dapat diatasi dengan
cepat agar kesihatan masyarakat kita terjamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan